Latest News

Terima Ugutan Bunuh, Rita Rudaini Mahu Aidil Zafuan Bertanggungjawab

Tahukah anda bahawa Rita Rudaini telah menerima ugutan bunuh menerusi salah satu komen yang dihantar ke akaun bekas suaminya, Aidil Zafuan? Rita Rudaini telah pun membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh ini. Terbaru, Rita telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Aidil kerana ugutan bunuh tersebut muncul selepas bekas suaminya itu memuatnaik gambar-gambar provokasi.
rita rudainiIni adalah ugutan bunuh yang dihantar kepada Rita.
rita rudaini
Seram kan? Tak ada kerja sungguh si pengugut ini. Kata Rita menerusi Harian Metro:-
Siasatan akan tetap diteruskan. Saya sudah melantik peguam untuk teruskan kes ini sebab ia kes serius! Semuanya bermula dari dia, jadi dia kena bertanggungjawab.
Yang penting laporan sudah dibuat dan nyawa saya kini diancam. Ugutan itu takkan terjadi kalau dia (Aidil) tak panaskan (hasut) pengikutnya.
Kes sebegini tak pernah terjadi selama saya jadi artis. Saya tak pernah ada musuh tapi bila dia yang mulakan segalanya di Instagram, dia tanggunglah sendiri.
aidil
Secara jujur, kesian juga kat Aidil. Lepas satu kes, timbul lagi satu kes. Tak boleh nak salahkan Aidil juga kerana dia tak ada kuasa untuk menghalang orang lain komen apa. Namun pasti ada jalan penyelesaian secara undang-undang untuk perkara ini. Biarlah mahkamah menentukan. Buat si pengugut, lain kali fikir dulu sebelum menulis. Tak pasal-pasal dah susahkan orang lain.

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.