Latest News

Wajah Scha Al Yahya & Awal Ashaari Apabila Ketakutan Kini Terbongkar

Seperti biasa setiap hari Abang Nara akan meng’usha’ akaun Instagram selebriti-selebriti tanah air. Abang Nara suka tengok gambar-gambar dan video-video yang dikongsi oleh mereka kerana boleh mengetahui aktiviti yang mereka lakukan. Kebanyakkannya memang gambar ‘selfie’ namun baru-baru ini Abang Nara terperasan satu gambar Scha Al Yahya yang cukup menarik perhatian.
nights of fright 2 sunway lagoon
Nampak tak tue? Scha Al Yahya berada di Scream Park di Sunway Lagoon. Daripada penerangan yang dikongsikan oleh Scha, dia berada di sana untuk penggambaran “Celebrity Scares” sempena Nights of Fright 2. Turut serta ialah suaminya, Awal Ashaari. Memang kelakar tengok Scha dan Awal menjerit ketakutan. Muka memang cuak habis. Tak sangka penakut juga Scha dan Awal nie. Paling kelakar siap melatah lagi si Awal bila kena sergah. Serius lawak. Tak caya? Cuba tengok video di bawah nie.
Secara jujur, Abang Nara nie agak penakut orangnya. Tengok gambar Scha berdiri depan Scream Park nie pun dah naik bulu roma. Namun disebabkan rasa ingin tahu, Abang Nara mencari maklumat lanjut mengenai aktiviti Scha dan Awal ini.
nights of fright 2 sunway lagoon
Nights of Fright 2 di Sunway Lagoon adalah event seram paling terbesar di Malaysia. Kembali untuk kali kedua, kali ini untuk 6 malam, para pengunjung Nights of Fright 2 akan dapat merasai pengalaman melalui pelbagai zon seram dan rumah hantu termasuklah ‘Escape From Pudu’ yang cukup menakutkan. Bermula pada jam 7.30 malam sehingga 10.30 malam, anda dapat merasai ketakutan yang tidak terhingga pada 17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan juga 1 November. Harga tiket untuk setiap seorang ialah RM48.
nights of fright 2 sunway lagoon
Tengok video promosinya pun dah buat Abang Nara keseraman. Belum pergi lagi nie.
Bukan sahaja Scha dan Awal yang telah mengalami keseraman Scream Park di Sunway Lagoon bersempena Nights of Fright 2 ini. Penyampai radio Era si Haniff Hamzah dan Ben Jern pun dah rasai kecuakannya. Memang ‘real’ sungguh solekan yang dikenakan oleh hantu-hantu ini. Tempat hantu-hantu ini muncul pun memang boleh buat jantung tercabut. Kalau penakut macam Abang Nara mesti menjerit tahap tinggi punya.
nights of fright 2 sunway lagoon
Memang sesuai sungguh nama Scream Park nie dengan ketakutan yang diberikan kepada para pengunjung. Sepanjang perjalanan pasti anda akan menjerit je. Bila dah tamat terus tak ada suara. Memang seronok pergi kalau anda seorang ‘thrill seeker’. Cuma pastikan anda berumur 12 tahun keatas sebab itu syarat utama nak merasai keseraman Nights of Fright 2 ini. Lagi best kalau pergi ramai-ramai dengan member. Boleh tengok siapa yang paling pengecut. Hehehe.
nights of fright 2 sunway lagoon
Apa lagi? Berani tak mencabar diri anda dengan keseraman Scream Park di Nights of Fright 2? Beli tiket anda sekarang jugak. Maklumat lanjut layari laman web Sunway Lagoon ini.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.