Latest News

Ziha Tersingkir, Peminat Kecewa Nina Masih Bertahan #AF2014

Minggu ke 6 Akademi Fantasia 2014 menyaksikan para pelajar menyanyikan lagu dengan tema ‘Rock’. Fuh~~ Abang Nara memang suka dengan lagu-lagu rock nie. Bukan apa, lagu-lagu yang dipilih seperti Rolling In The Deep, Kerja Gila, Fantasia Bulan Madu dan Layar Impian sememangnya akan mencabar vokal para pelajar AF2014. Abang Nara menaruh harapan untuk melihat persembahan yang mantap terutamanya daripada pelajar-pelajar seperti Nina dan Azwan yang jelas tidak menunjukkan bakat yang ada pada diri mereka dalam minggu-minggu sebelum ini.
nina af2014
Namun bukanlah Akademi Fantasia sekiranya tiada kejutan. Walaupun secara jujur Abang Nara rasa Ella sendiri akan menangis mendengar Nina menyanyikan lagu Layar Impian miliknya, Ziha akhirnya tersingkir kerana mendapat undian yang terendah. Secara jujur, Abang Nara terkejut besar dengan keputusan ini. Apakan daya kesemua ini ditentukan menerusi undian para peminat AF. Ziha terkeluar, Nina masih selamat.
nina af2014
Abang Nara bukanlah benci atau ada motif jahat terhadap Nina. Namun kalau dah 6 minggu persembahan lebih kurang ala kadar dan tak ada peningkatan, memang wajar dipertikaikan bagaimana para pengundi membuat pilihan mereka. Kalau Abang Nara seorang beranggapan sebegini tak apalah juga, namun daripada komentar di Facebook Akademi Fantasia, rata-rata pelik kenapa Nina masih mampu bertahan. Hmmmmm. Mungkin Nina sudah ada peminat-peminatnya yang tersendiri?
nina af2014
nina af2014nina af2014
Mungkinkah minggu hadapan Nina akan terkeluar? Hanya pengundi Akademi Fantasia sahaja yang akan dapat menentukannya. Undian anda adalah penentu segalanya. Apa pun pelajar feveret Abang Nara iaitu Adel semakin menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan setiap minggu. Keep it up Adel. Semoga mampu bertahan sehingga ke minggu akhir kelak. Good luck and all the best.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.