Latest News

Adib Khalid Belum Ada Perancangan Kahwini Izara Aishah

Fuh~~~ Memang bertanggungjawab, macho dan penuh wawasan sungguh Adib Khalid ini. Kalau Abang Nara ada awek secantik Izara Aishah, memang esok lusa terus Abang Nara ajak kahwin. Tak berani Abang Nara nak tunggu 2,3 tahun. Iyerlah, awek cun kan ramai nak mengorat. Takut-takut si awek berubah hati. Namun Abang Nara respek dengan keputusan yang diambil oleh Adib Khalid yang enggan memikirkan mengenai perkahwinan dalam masa terdekat ini.
adib khalid izara aishahItu semua dilakukan kerana Adib Khalid mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat Tune Studios. Untuk makluman, Adib baru-baru ini telah dilantik menjadi CEO syarikat tersebut. Jadi buat masa ini, Adib mahu fokus membangunkan syarikat tersebut sebelum memikirkan soal kahwin dengan Izara Aishah. Kata Adib:-
Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali. Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan.
Insya-Allah saya beri tempoh tiga hingga empat tahun untuk beri perhatian sepenuhnya kepada syarikat sebelum memikirkan soal peribadi atau berumah tangga.
Buat masa sekarang ini belum masanya, kerana banyak perancangan dan strategi yang diatur untuk syarikat ini
adib khalid dan izara
Abang Nara percaya ciri-ciri penuh bertanggungjawab ini yang menyebabkan Izara Aishah jatuh cinta kepada Adib Khalid. Lagipun mereka berdua masih muda. Masa tengah sihat dan bertenaga inilah kena kerja sekuat-kuatnya untuk masa depan. Apa pun, semoga percintaan mereka akan berkekalan ke jinjang pelamin. Kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.