Latest News

Besarkan Anak Autistik, Fynn Jamal Mahu Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Juna

Gelagat anak angkat Fynn Jamal iaitu Bakti Arjuna Fitri (Juna) yang kini menjangkau usia 2 tahun telah mencuri banyak hati para pengikut Instagram penyanyi lagu Aruna Beta ini. Memang comel yang amat si Juna ini. Mungkin ada yang tidak tahu yang Juna merupakan seorang kanak-kanak autistik. Abang Nara dulu ada jugalah buat kajian mengenai autisme ini. Autisme ini mempunyai spektrum yang luas dan kebanyakan mereka yang memilikinya akan mempunyai satu bakat istimewa. Contoh pandai melukis ke, buat lagu ke dan sebagainya.
juna autisme
Abang Nara perhatikan yang Fynn Jamal pun sudah mula menghantar Juna ke sekolah khas untuk membantu mengurangkan autisme yang dialami oleh anak angkatnya itu. Satu langkah yang bijak. Kanak-kanak autistik memang memerlukan interaksi yang banyak lebih-lebih lagi dengan rakan sebaya. Tumpuan daripada ibu bapa pun amat penting. Kena banyak bercakap dengannya. Apa pun Abang Nara respek dengan Fynn Jamal yang meletakkan tugasannya sebagai seorang ibu di tempat pertama. Kata Fynn:-
Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes-kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu.
Bagaimanapun, Juna ada caranya yang tersendiri. Jika dia lapar atau mahukan susu, Juna akan tarik tangan saya atau ayahnya ke arah beg susu atau sebarang makanan yang dikehendakinya. Begitulah caranya berkomunikasi dan saya serta suami sedaya upaya cuba memahami setiap kali dia menyampaikan sesuatu.
Menariknya, keletah Juna itu kadang-kala menghiburkan saya dan suami. Seperti bermain teka-teki kerana cuba meneka kehendak Juna yang lucu dan comel. Dia sangatlah istimewa buat kami dan sedikit pun tidak menyesal mengambilnya sebagai anak angkat
juna autisme
Insya Allah dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Fynn Jamal ini akan membolehkan Juna melayari kehidupan sebagai seorang manusia biasa apabila dewasa kelak. Lama-lama nanti pasti Juna akan boleh berinteraksi seperti kanak-kanak lain. Kenalah bersabar sedikit. Budak-budak perkembangannya memang berbeza untuk setiap individu. Kalau anda ada pengalaman dengan anak-anak autisme, apa kata kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Menarik juga kalau ada nasihat-nasihat yang bagus untuk diamalkan. Sumber Utusan Malaysia.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.