Latest News

Chef Riz Pinang Shikin Maembong Hari Ini, Rancang Nikah Disember

Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Ana Dahlia dan menduda selama hampir 2 tahun, Chef Riz kini telah bertemu pengganti. Sebelum ini Chef Riz pernah dikaitkan dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Mak Jemah. Namun si gadis yang berjaya membuka hatinya untuk bergelar suami sekali lagi tak lain tak bukan ialah Shikin Maembong, kakak kepada Emma Maembong.
chef riz dan shikin maembong
Menurut perancangan, Chef Riz akan masuk meminang Shikin Maembong hari ini diikuti pula majlis pernikahan pada bulan Disember ini. Baguslah tunang kejap-kejap. Tak perlu lama-lama. Kata Chef Riz menerusi Mstar Online:-
Insya-Allah, esok (hari ini) saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember. Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan.
Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.
Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai
chef riz dan shikin maembong
Tahniah diucapkan kepada Chef Riz dan Shikin Maembong atas berita gembira ini. Semoga perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan buat selamanya untuk Chef Riz. Jadikan kegagalan perkahwinan pertama sebagai pengajaran dan gunakannya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kali ini. Tahniah!!!
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.