Latest News

Emelda Rosemila Sahkan Dirinya Masih Belum Hamil

Mati-mati Abang Nara ingatkan Emelda Rosemila sudah hamil. Mana tidaknya, gambar kit kehamilan yang dikongsikan di Instagram baru-baru ini penuh dengan ucapan tahniah daripada orang ramai. Rupa-rupanya Emelda masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk mendapat cahaya mata walaupun sudah 5 tahun berkahwin. Tidak diketahui motif Emelda berkongsi gambar tersebut. Mungkin sekadar mahu para peminat mendoakannya.
emelda rosemila hamil
Berkata kepada Berita Harian, Emelda Rosemila mengesahkan yang dirinya masih belum hamil. Menariknya ucapan tahniah yang diterima bukan sahaja daripada para pengikut di laman sosial tersebut, malah sanak saudaranya turut sama mengucapkan tahniah. Kata Emelda:-
Semua itu hanya andaian. Mungkin juga kerana orang di luar sana tak sabar nak tengok saya dan Adlin mempunyai anak sendiri maka mereka pantas mengharapkan saya mengandung. Sejujurnya selepas sekian lama, saya juga berharap untuk cepat jadi ibu.
Lucunya, sana saudara saya di kampung pun selepas mendapat tahu berita kononnya saya sudah hamil beriya-iya menghubungi mengucapkan tahniah. Naik segan juga jadinya. Tapi saya percaya semua itu satu doa untuk saya ke arah itu (mengandung).
Selepas sekian lama, saya rasa sekarang sudah tiba waktunya untuk saya dan Adlin memikirkan soal anak. Kami juga tak pernah berhenti berusaha cuma semuanya berbalik kepada soal rezeki. Iyalah saya pun bukan makin muda. Insya-Allah kami merancang untuk berjumpa doktor tak lama lagi.
emelda
Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan. Semoga dalam masa terdekat ini Emelda dan Adlin akan dikurniakan dengan berita gembira. Sama-samalah kita doakan. Amin.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.