Latest News

Erin Malek Jawab Isu Gambar Bersosial Di Kelab Malam

Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri, Erin Malek tampil menjawab isu gambar dirinya di kelab malam yang telah tersebar sehari sebelum pernikahannya dengan Farriz Fauzy. Menurut pelakon berusia 20 tahun ini, gambar-gambar tersebut adalah peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit kembali. Yang penting dirinya kini sudah pun selamat bergelar seorang isteri.
erin malekErin Malek meminta agar perkara ini tidak lagi dipanjangkan, ditutup terus dan tidak dibicarakan lagi. Kata Erin menerusi Mstar Online:-
Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut
erin malek
Abang Nara bersetuju dengan kata-kata Erin Malek. Benda yang lepas jangan dikenang lebih-lebih lagi jika ia adalah benda yang kurang elok. Lebih penting untuk mempersiapkan diri menghadapi masa depan. Pedulikanlah semua kontroversi lama. Semoga selepas bergelar isteri, tiada lagi gambar-gambar Erin Malek yang kurang manis akan tersebar. Jadilah seorang isteri yang menjaga maruah suaminya. Amboi. Apa pula pendapat anda?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.