Latest News

Jangan Asyik Cari Salah Orang Lain, Pesan Emma Maembong Kepada Ezuwan Ismail

Wow. Pertikaian lidah antara Ezuwan Ismail, Chacha Maembong dan Emma Maembong akhirnya mencapai tahap tertinggi. Rasanya semua orang sudah tahu tentang baju rekaan Ezuwan Ismail yang tidak dipakai oleh Chacha Maembong untuk Anugerah Skrin 2014. Ezuwan sendiri telah melahirkan rasa bengang dan kecewanya atas tindakan Chacha yang menyebabkan penat lelahnya menyiapkan baju tersebut tidak berbaloi. Di bawah ialah luahan pereka fesyen ini yang menjadi punca tercetusnya perbalahan ini.
chacha maembong
Tidak lama selepas gambar di atas dimuatnaik, Chacha Maembong tampil memaklumkan yang dia mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak memakai pakaian tersebut. Sebab tersebut tidaklah dinyatakan secara khusus untuk menjaga reputasi Ezuwan Ismail. Namun tidak lama kemudian, Ezuwan terus menerus mempertikaikan tindakan Chacha yang tidak memakai bajunya. Bengang melihat adiknya diperlakukan sedemikian rupa, Emma Maembong tampil menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi di Instagramnya.
chacha maembong
Memuatnaik gambar di atas, Emma Maembong menasihati Ezuwan Ismail agar tidak hanya mencari kesalahan orang lain. Panjang lebar penjelasan yang dilakukan. Setelah membaca penjelasan Emma Maembong, memang boleh diterima akal kenapa Chacha Maembong tidak memakai baju tersebut. Tulis Emma:-
Selama ni sy diam sbb sy hormat designer itu dan nk jaga nama dia. Sbb tu sy malas nk cerita benda sebenar atau masuk campur. Tapi bila asyik nk tuduh adik sy je salah melampau la takkan salah sendiri tak nampak kot? Sy ada dgn chacha time dia nak pakai baju designer tersebut.
And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pon lari. Masa fitting chacha ada bagitahu bahu ni senget tapi dia ckp “you jgn tgk skrg, belum siap lagi ni” so she didn’t expect la on the event day baju dapat mcm tu sbb dia dah ambik pin cucuk kt mana kena alter masa fitting.
Sbb bila dapat baju dua2 belah tangan lari tak sama. Pelik jgk baju artis lain dia buat perfect gila pulak. Jangan sbb adik sy artis baru awk boleh nk buat sesuka hati saja. And event pun akan start lg setengah jam waktu tu. Just imagine keadaan sgt kelam kabut sbb baju tak muat, so chacha terpaksa pinjam baju designer lain. Bila dah dekat event faham2 saja lah kan, dah nama pun event..
Nak kena interview lagi, ambik gambar dan layan org semua. Mmg masa tu mana sempat nk bg tahu yg baju tak dapat nk pakai malam tu. Bukan sengaja taknak bg tahu. Lepas habis event semua, saya sendiri whatsapp dia minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar kenapa baju dia tak dapat dipakai.
Tapi dia yg tak boleh terima hakikat. Ingatkan dah settle tapi masih nk besar kan cerita. Sebenarnya kalau baju tu tak sempat pakai masa event tu, event lain masih boleh pakai. Kadang2 ada jugak terjadi dekat emma sendiri and usually designer lain faham and amat professional, siap event lain pakai baju yg tak jadi dipakai tu. Tapi ni mcm over sgt. Jgn nk ckp time nk sponsor “okay” je.
Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dpt seperti yang dijanjikan, oh kita tak boleh bersuara plk? Its fair and square lah, designer buat baju kita tlg mereka promote, sama2 untung. Chacha dah pun mintak maaf dekat public psl issue ni, awk nk dia buat apa lg?
Perkara ni boleh settle cara baik and privately, tapi awk nk sgt post bg satu dunia baca so saya pon terpaksa post jgk to clear things out. Maaf kalau saya ada salah ckp dan maaf juga kalau terasa. Cuma jgnlah asyik nk cari salah org saja.? #gilafamous
chacha maembong
Sungguh panjang penjelasan Emma Maembong kan? Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, Ezuwan Ismail tidak lagi membalas apa yang ditulis oleh Emma. Mungkin enggan mengeruhkan lagi keadaan. Semoga mereka yang terlibat dalam hal ini tidak bermasam muka lama-lama. Pereka fesyen dan artis saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau bergaduh, diri masing-msing yang rugi. Tak gitu?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.