Latest News

Kenyataan Wardina Ikut Emosi Tanpa Berfikir Matang – Datuk Yusof Haslam

Kenyataan Wardina mengenai pengaruh filem gangster tempatan terhadap kes buli yang menjadi-jadi di Malaysia sejak kebelakangan ini ternyata menimbulkan rasa kurang penggiat filem tempatan. Abang Nara juga sebenarnya bersetuju dengan pendapat Wardina. Sememangnya sedikit sebanyak filem-filem gangster ada memberi impak kepada remaja-remaja kita. Abang Nara yang dah dewasa ini boleh terpengaruh dengan stail percakapan dalam filem gangster, sudah tentu kesannya lebih hebat kepada remaja-remaja ktita.
datuk yusof haslam
Namun tidak semua kesalahan harus diletakkan kepada filem gangster dalam hal ini. Dengan akses Internet yang semakin meluas, video-video ganas yang lebih melampau daripada filem gangster dapat ditonton dengan mudah. Amboi terasa macam buat karangan SPM pulak. Apa pun, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa kurang setujunya dengan kenyataan Wardina. Kata beliau:-
Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja. Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya? Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.
Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa
wardina
Apa pendapat anda? Adakah anda sekata dengan Wardina dalam isu ini atau bersetuju dengan pendapat Datuk Yusof Haslam? Adakah punca didikan ibu bapa yang tidak betul membawa kepada kerosakan perangai anak-anak kita sekarang? Adakah filem gangster/video di Internet ini hanya sekadar faktor luaran? Sila berikan pendapat anda di ruangan komen untuk sama-sama kita bincangkan hal ini. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.