Latest News

Memang Saya Tiada Kawan Dari Golongan VIP Atau Ahli politik – Erra Fazira

Walaupun sudah membuat penafian sebelum ini,  masih ada suara-suara yang menyatakan ‘teman tapi mesra’ Erra Fazira adalah dari golongan VIP atau kelas atasan. Ramai yang tidak percaya bekas isteri Engku Emran ini ‘berkawan’ dengan lelaki biasa yang tidak mempunyai sebarang pangkat. Mungkin tertekan dengan desas-desus itu, Erra Fazira sekali lagi telah tampil untuk menjelaskan yang ‘kawan’nya itu hanya lelaki biasa
erra fazira
Apa yang lebih menarik, lelaki yang sedang dikenali oleh Erra Fazira ini masih bujang. Itu sangat bagus. Tak adalah tragedi yang bukan-bukan boleh berlaku. Kata Erra Fazira menerusi Berita Harian:-
Setakat ini, saya memang memilih seseorang itu pada paksi hati dan bukannya materialistik. Selama ini memang saya tiada kawan dari golongan VIP atau ahli politik.
Jadi jelas gosip mengaitkan saya dengan golongan sebegitu tidak benar dan sengaja diada-adakan. Gosip itu seolah-olah macam saya kemaruk cari cinta pula.
Cukuplah orang tahu saya sedang berkawan. Kenapa saya tak dedah itu dan ini mengenainya kerana saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan dan jangkaan tinggi terhadap hubungan ini.
Apa apa boleh terjadi dalam tempoh perkenalan ini. Lainlah kalau hubungan ini sudah di fasa seterusnya. Ikutkan saya tak mahu berkongsi hal ini tapi apabila timbul cerita membabitkan golongan atasan, maka saya perlu meletakkan satu noktah kepada cerita bukan bukan itu
erra fazira
Kesian sungguh Erra Fazira. Dah cakap benda betul pun, masih lagi orang tak percaya. Tak apalah. Satu hari nanti pasti Erra akan perkenalkan juga lelaki istimewa ini. Ketika itu barulah kita akan mengetahui perkara sebenar. Sehingga saat itu, marilah kita bersabar. Apa pun, doakanlah kebahagiaan Erra Fazira. Semoga lelaki itu dapat mengisi ruang kosong di dalam hatinya.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.