Latest News

Penipuan iPhone 6 Percuma Berleluasa, Selebriti Beri Nasihat Kepada Peminat

Kalau kata bodoh, marah. Namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh mereka yang tertipu dengan penipuan iPhone 6 percuma di Instagram. Serabut mata Abang Nara melihat komen-komen seperti ‘I got a free iPhone from ….” di hampir kesemua akaun Instagram selebriti-selebriti tempatan. Kalau anda seorang manusia yang mampu berfikir secara logik, pastinya anda tahu ini semua adalah palsu semata-mata. Mana ada orang nak bagi iPhone 6 percuma kat dunia ini wei.
dm
antara contoh komen
Ya Abang Nara tahu ramai yang ‘desperate’ nak gunakan iPhone 6. Iyerlah sapa tak bangga ada gadjet terbaru. Boleh riak dan ujub sikit kat member. Nak beli tak cukup duit, jadi apa salahnya mencuba benda percuma kan? Tak adalah penat mana pun setakat nak bagi komen 10 kali. Rasanya dalam masa 10 minit dah boleh siap dah. Tak gitu?
dm
antara contoh akaun tipu
Namun tahukah anda di sebalik usaha gigih anda itu si penipu ini sedang tersenyum riang. Apabila pengikutnya semakin ramai, tiba-tiba sahaja akaun ini akan bertukar wajah dan akan dijual kepada orang lain dengan harga tinggi. Yang untung hanya si penipu sementara anda terkapai-kapai menunggu kehadiran iPhone 6 yang tak kunjung tiba. Kasihan melihat peminat mereka tertipu, beberapa selebriti telah tampil memberi nasihat.
akaun tipu
akaun tipuakaun tipu
akaun tipu
sindiran sinis daripada Awal Ashaari

Diharap tiada pembaca BeautifulNara yang terlibat dalam benda mengarut ini. Rasanya semua pembaca BeautifulNara pandai-pandai belaka. Kaya pun kaya jugak kan? Setakat iPhone 6 nie pasti anda boleh beli celah gigi. Tak luak duit simpanan yang berbakul-bakul itu. Tak gitu?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.