Latest News

Zizan Razak Akui Tertekan Disaman Oleh Bekas Pengurusnya, Marina Juki

Rasanya satu ketika dahulu, Zizan Razak dan Marina Juki telah memaklumkan kepada media yang mereka akan bersemuka untuk menyelesaikan kesemua masalah yang melanda. Setahu Abang Nara, tak ada sebarang berita mengenai pertemuan mereka dan tup-tup hari ini kita dikejutkan dengan tuntutan saman lebih daripada RM500,000 yang dikemukakan oleh Marina terhadap Zizan. Entah di mana silapnya, masalah yang boleh diselesaikan secara perbincangan kini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut.
zizan razak
Menerusi Berita Harian, Zizan memaklumkan yang dirinya tertekan dengan kes saman yang dihadapinya lebih-lebih lagi dengan pelbagai komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Malah Zizan juga melahirkan rasa yakin bahawa tindakannya yang dilakukannya adalah tidak salah. Kata Zizan:-
Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.
Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian.
Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.
zizan dan marina juki
Seperti yang dimaklumkan, perkara ini sudah pun menjadi kes mahkamah dan kita selaku peminat hanya mampu menunggu hari perbicaraan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah. Semoga pihak yang benar akan memperolehi kemenangan. Sama-samalah kita nantikan.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.