Latest News

Abby Abadi Kesal Kenyataan Dr. Mashitah Mengenai Ustaz Dan Ustazah Ekspres

Tidak dinafikan semakin ramai selebriti tanah air yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Biasanya penghijrahan selebriti diberi publisiti meluas, dan boleh dikatakan majoriti dari mereka kemudiannya sering diundang untuk memberikan ceramah agama atau mengendalikan program berunsur keagamaan atau dirujuk tentang hal-hal keagaamaan.
Ada juga yang mempersoalkan tentang perkara ini, bila mana selebriti dilihat masih belum mempunyai ilmu yang mencukupi namun memberikan ceramah agama kepada orang ramai. Ia dipanggil fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’.
Baru-baru ini, melalui Perhimpunan UMNO, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dengan lantang menyuarakan mengenai beberapa isu, namun yang mendapat perhatian ialah mengenai fenomena ‘ustaz dan ustazah ekspres’ ini. Beliau meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.
Ustazah Dr. Mashitah juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014.
Ucapan Dr. Mashitah mendapat sambutan dan sokongan dari wakil-wakil wanita yang hadir di perhimpunan itu, bagaimanapun ia mendapat kritikan hebat di media sosial. Sudah tentu beberapa selebriti yang dikaitkan dengan fenomena ini memberikan reaksi mereka. Antaranya ialah Abby Abadi. Melalui HarakahDaily, selebriti itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan Dr. Mashitah.
Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.
Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.
Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.
Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.
Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.
Pada pendapat kami apa yang dikatakan oleh Dr. Mashitah ada betulnya, namun mungkin cara dia mengutarakannya menyebabkan banyak jiwa yang tersentap.
Mungkin selepas ini selebriti yang digelar ‘uataz dan ustazah ekspres’ ini perlu meningkatkan kefahaman dan ilmu berkenaan agama Islam terlebih dahulu sebelum berceramah mengenai agama kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka menerima kritikan. Apa kata anda?______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.