Latest News

Awal Ashaari Privasikan Akaun Instagram Lara Alana Kerana Komen Negatif, Nafi Digam Oleh Astro

Sekiranya anda mengikuti perkembangan bayi Awal Ashaari dengan isterinya Scha Al-Yahya, mungkin ada ialah salah seorang pengikut Instagram Lara Alana. Namun tup-tup baru-baru ini akaun Instagram itu tidak kelihatan lagi. Ke manakah ia menghilang agaknya?
Buat masa ini saya peribadikan seketika akaun Lara. Ini kerana terlalu banyak orang yang berbalah di ruangan komen. Mereka bergaduh sesama sendiri. Orang tidak menjual barang atau meniaga di situ, sebaliknya bergaduh. Jadi saya ambil pendekatan memadam semua pengikut, menukar nama Instagram Lara dan mahu berehat seketika. Buat masa ini biar saya tunggu dan fikir dahulu sama ada mahu menjadikan Instagram Lara ‘public’ semula atau biarkan ‘private’ sahaja. Itu adalah Instagram seorang anak kecil. Segelintir orang di luar sana begitu cepat menghakimi dan menghukum. Saya suka berkongsi. Bila orang suka dan sayang Lara, perkara itu menyenangkan hati saya. Ada juga sesetengah orang mempertikaikan kredibiliti saya sebagai seorang bapa. Jadi buat masa ini biarlah saya dan Scha senyapkan dahulu dan berfikir apa yang mahu dilakukan seterusnya.
Entahlah mengapa pergaduhan antara pengikut sering berlaku di ruangan komen Instagram para artis sehingga ia kini satu lumrah di mana-mana akaun Instagram artis yang popular. Mungkin Awal telah mengambil tindakan yang betul kerana bayi Lara tidak mengerti apa-apa dan tidak perlu menjadi punca perang komen antara pengikut.
Dalam pada itu, sebelum ini Awal pernah disalah erti mengeluarkan komen tentang senario industri hiburan yang lebih mengutamakan pelawak sebagai pengacara anugerah atau program. Menerusi ruangan gosip Berita Harian pada Ahad, khabarnya pasangan suami isteri ini telah disenarai hitam oleh pihak Astro kerana dakwaan telah melanggar kontrak. Awal memberikan penjelasan kepada portal GUA:
Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro.
Dia juga tidak tahu bagaimana cerita itu boleh tercetus:
Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri. Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku.
Sememangnya benar yang artis digam akan mengalami masalah untuk mendapatkan peluang memberikan khidmat kepada industri. Sekiranya terdapat sebarang salah faham mungkin ia perlu diselesaikan antara pihak stesen televisyen dengan Awal Ashaari dalam kadar segera. Mengikut pemerhatian kami, kadang kala stesen televisyen mengambil pendekatan berdiam diri sekiranya menyenarai hitamkan artis, kecuali dalam kes Hanez Suraya di mana Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar secara terbuka menyatakan tidak akan mengambil artis yang menimbulkan kontroversi dan tidak disukai orang ramai.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.