Latest News

Aweera Muncul Pertahankan Diri, Dakwa Edry Lemparkan Fitnah Terhadapnya

Selepas disingkirkan daripada kumpulan Mojo untuk persembahan di AJL29 oleh Edry Abdul Halim, Aweera telah tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Menarik sungguh penjelasan Aweera ini. Alasan yang diberikan Edry adalah fitnah semata-mata yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah diri penyanyi ini. Menurut Aweera, Edry ada perancangannya yang tersendiri di AJL29 menyebabkan dia menarik diri dan tidak membuat persembahan pada malam tersebut.
aweera mojo
Agak complicated juga perancangan yang dibuat oleh Edry menurut Aweera. Rupa-rupanya Edry mahukan Aweera berduet dengan penyanyi baru Mojo yang berasal dari Indonesia. Pergh. Kalau Abang Nara pun confirmlah tak setuju dengan cadangan ini. Selama ini nyanyi sorang-sorang kenapa tiba-tiba nak berduet bagai? Terang Aweera:-
Saya terkilan apabila dia (Edry) menuduh saya disingkirkan daripada Mojo kerana menimbulkan masalah kepada kumpulan itu, kalau saya bermasalah daripada awal lagi saya tidak mahu bagi kerjasama. Perkara sebenar adalah saya yang menarik diri. Dia meminta saya untuk berduet dengan penyanyi baru mereka (Mojo) iaitu penyanyi dari Indonesia pada malam AJL 29 nanti dan cadangan itu saya tidak setuju sama sekali.
Dia suruh saya nyanyi bahagian yang susah (korus) dan penyanyi baru itu bahagian verse sahaja. Itu tidak adil, ini bukan persembahan majlis makan malam. Perjanjian pula tidak adil jika kami menang, saya akan berkongsi (wang kemenangan) dengan penyanyi itu. Oleh itu saya tarik diri depan semua krew produksi TV3.
aweera mojo
Hmmmm. Kalau betul dakwaan Aweera ini, memang Edry agak tidak profesional pada pandangan Abang Nara. Kalau nak perkenalkan penyanyi baru Mojo pun, janganlah gunakan pentas AJL29. Banyak lagi masa lain yang lebih baik. Bagilah penghormatan kepada Aweera untuk menyanyikan lagu Romancinta di pertandingan sehebat ini. Apa pun, sama-samalah kita saksikan siapa yang bakal muncul menyanyikan lagu ini di AJL29 nanti. Kalau betul penyanyi dari Indonesia, maka kemungkinan besar dakwaan Aweera adalah betul. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.