Latest News

(GAMBAR)Sara Ali – Fazura Bukan Tuhan, Tiada Apa Nak Ditakutkan

Satu ketika dulu Sara Ali dilihat pernah menjadi teman rapat Fazura dan keduanya dilihat sering bercuti dan keluar bersama melalui gambar yang sering dimuat naik di akaun Instagram masing-masing. Namun kini kelibat keduanya tidak lagi kelihatan di Instagram mereka, malah melalui rancangan realitinya Facing Up To Fazura, Fazura dikatakan telah bercerita hal Sara Ali sehingga menimbulkan kekeliruan sama ada selebriti itu sengaja memburukkan Sara.
Hal ini dibangkitkan oleh seseorang dalam komen di akaun Instagram Sara. Kata individu itu:

 photo SaraAliDekatiFazuraBukanKeranaPopulariti.jpg
Rancangan realiti Fazura dengan sengaja boleh menyebabkan orang percaya sesuatu yang tidak benar.
Namun Sara Ali enggan mempedulikan Fazura dan membalas:-
Lantak dia. Dia bukan tuhan. Apa yang kita nak takut.
Seorang lagi pengguna Instagram menyatakan yang lebih baik rancangan realiti dibuat mengenai Yuna, dan Sara meminta agar Yuna dan Fazura tidak dibandingkan kerana mereka dua berbeza.

 photo Untitled.png
Apa pun sikap Sara Ali dilihat lebih kelas kerana enggan memberi respon tentang dakwaan tersebut.
Dalam entri BeautifulNara terdahulu, Fazura mendakwa dia tiada niat memburukkan Sara Ali berikutan kenyataannya dalam rancangan Facing Up To Fazura tentang Sara Ali yang tidak menemuinya setelah mengatakan akan berjumpa dengannya November lepas.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.