Latest News

Harga Untuk Persembahan Amelina Cecah RM14,000?

Wow. Baru nak buat ‘comeback’ harga dah tinggi melangit. Secara jujur harga yang dikenakan oleh pengurusan Amelina  iaitu syarikat Wake The Baby untuk mendapatkan khidmat penyanyi tersebut amatlah tidak sesuai. Amelina sudah terlalu lama menyepi, lagu baru pun tak ada, vokal pun tak tahu sama ada masih okay ke tak, tup-tup kena charge setinggi ini. Mesti penganjur fikir 5,6 kali untuk dapatkan khidmatnya.
harga persembahan amelinaWalaupun tidak memaklumkan harga sebenar, namun berdasarkan penerangan Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias (isteri Ajai), Abang Nara boleh mengagak harga yang ditetapkan ialah sekitar RM14000. Kata Liza:-
Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi. Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi
amelina
Fuh nasib baik harga masih boleh dibincangkan. Kalau harga mati memang rasanya sukar untuk Amelina mendapatkan ‘job’ pada harga tersebut. Bukan merendahkan keupayaan penyanyi tersebut, namun rasanya dengan harga yang sama boleh dapatkan penyanyi muda yang lebih popular. Apa pun diharap syarikat pengurusan Amelina berfikir sedalam-dalamnya sebelum meletakkan harga untuk artis naungannya. Jangan kerana harga yang mahal tak ada tawaran yang diterima. Harga mestilah berpatutan dan berdaya saing. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.