Latest News

Pelawak Bukan Perampas Rezeki Orang – Nabil & AC Mizal

Nabil Ahmad dan AC Mizal merupakan pengacara yang semakin diminati sejak kebelakangan ini. Nabil dengan program MeLETOP sementara AC Mizal dengan program seperti Maharaja Lawak Mega serta Sembang Teh Tarik. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan sering berlawak untuk menggamatkan lagi suasana. Susulan kontroversi kenyataan Awal Ashaari mengenai nasib pengacara serius, Nabil dan AC Mizal tampil memberi pandangan mengenai isu ini.
ac mizal
Abang Nara tertarik dengan kata-kata yang diluahkan oleh Nabil. Memang bijak sungguh kenyataan yang dikeluarkan. Kata Nabil:-
Golongan pelawak bukannya merampas rezeki orang kerana rezeki itu diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kerana golongan pelawak telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi selain membuat orang ketawa sahaja. Harus diingat tugas pelawak bukan mudah.
Permintaan terhadap pengacara majlis cukup tinggi. Bayangkan, kadangkala saya terpaksa tolak tawaran kepada orang lain. Jadi, golongan pelawak bukanlah penutup periuk nasi golongan pengacara serius. Jika tidak mahu rasa ketinggalan, pengacara serius harus belajar membuat lawak.
Jangan mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kelemahan diri sendiri. Contoh pengacara serius yang berjaya, Datuk Mahadzir Lokman, beliau kekal bertahan walaupun beratus pengacara baharu yang muncul kerana beliau boleh bertutur banyak bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Jika mahu jadi sepertinya, harus ada peningkatan dalam diri selain hanya tahu bercakap sahaja. Kami pelawak tidak terjejas dengan kenyataan dikeluarkan pengacara tersebut.
AC Mizal juga mengeluarkan pendapat yang agak bernas mengenai isu ini. Kata AC:-
Saya bukan pelawak tetapi saya pengacara yang sering membuat lawak apabila mengendalikan sesebuah program turut terasa tempias kenyataan tersebut. Tidak wajar untuk kita mempertikaikan rezeki orang lain. Ya, saya mengaku sekarang trend pelawak menjadi pengacara kerana itu kehendak pasaran semasa.
Pelawak yang tiada asas menjadi pengacara harus belajar bagaimana untuk mengendalikan sebuah majlis. Begitu juga dengan saya, untuk menghiburkan penonton, selain menjalankan tugas hakiki sebagai pengacara supaya majlis berjalan lancar, saya juga berlawak sekali-sekala supaya penonton tidak bosan dan tertarik dengan cara penyampaian saya.
Saya sudah berusia 42 tahun tetapi masih terkinja-kinja di atas pentas, bukan saya suka-suka tetapi itulah kehendak penonton program yang saya kendalikan. Saya bagi contoh, jika trend tahun depan meminta pengacara menangis sambil bercakap, saya akan menangis (ketawa).
ac mizal
Apa pun Abang Nara rasa kenyataan yang dikeluarkan oleh AC Mizal dan Nabil Ahmad ini adalah sebelum Awal Ashaari mengeluarkan penjelasan lanjut mengenai kontroversi ini. Rasanya selepas ini tak perlulah kita berbicara mengenai isu ini. Rezeki masing-masing. Bak kata Nabil, kerja sebagai pengacara memang banyak. Nak tak nak je kita ambil. So jangan gaduh-gaduh. Berusaha lebih keras. Insya Allah pasti akan berjaya. Amin. Sumber Kosmo.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.