Latest News

Saya Pilih Sarah Kerana Zelmi Belum Bersedia Untuk Mentor Legend – Amy Search

Penukaran protege yang dilakukan oleh Amy Search untuk Mentor Legend baru-baru ini telah membuatkan sesetengah pihak tidak berpuas hati. Pada mulanya Amy telah memilih Zelmi. Namun selepas mengadakan ‘battle’ sekali lagi, lagend rock tanah air ini telah membuat keputusan untuk membimbing Sarah sepanjang pertandingan Mentor Legend. Rupa-rupanya Amy ada sebab tersendiri untuk membuat pusingan u ini.
amy search dan mentor legend
Menurut Amy Search, Zelmi dilihat masih belum bersedia untuk menghadapi pertandingan Mentor Legend ini. Terang Amy menerusi portal GUA.
Setelah meneliti semula persembahan Zelmi dan Sarah, saya melihat yang Zelmi seakan tidak bersedia untuk pertandingan ini. Sarah menonjolkan kelebihan berbanding Zelmi. Jika saya terus menukar keputusan saya dengan mengambil Sarah, saya seakan berlaku tidak adil, jadi saya putuskan untuk melakukan semula battle antara mereka.
Namun begitu, saya punya perancangan sendiri terhadap Zelmi. Saya akan hantar dia ke studio rakaman untuk menghasilkan single. Saya sendiri akan membentuk cara nyanyian dan imej dia. Sarah pula saya lihat dia sudah bersedia untuk berperang di pentas Mentor Legend dan saya juga akan bimbing Sarah sebaik mungkin dalam pertandingan ini.
amy legend
Sudah tentu dengan pengalaman berpuluh tahun dalam bidang nyanyian, keputusan yang diambil oleh Amy Search ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kadangkala kejutan sebegini memang diperlukan untuk menambah ‘seri’ sesuatu program realiti. Apa pun, good luck and all the best buat Sarah. Bukan senang peluang kedua sebegini muncul. Semoga ia tidak dipersia-siakan.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.