Latest News

Saya Tiada Niat Tidak Baik Terhadap Sara – Fazura

Walaupun kini sedang berada di Bangkok bersama ibu dan abangnya untuk bercuti, Nur Fazura sempat memberikan sedikit kenyataan menerusi portal Murai tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya dan Sara Ali. Boleh dikatakan ini adalah kisah yang paling hangat diperkatakan minggu ini dalam dunia hiburan tanah air. Pastinya tak ada pihak yang mahu melihat mereka berdua terus-menerus bergaduh, jadi kenyataan Fazura ini diharap dapat meredakan keadaan.
sara ali gaduh fazuraApa yang dapat Abang Nara simpulkan ialah Fazura memohon agar Sara Ali menonton terlebih dahulu program Facing UpTo Fazura. Kata Fazura:-
Saya ambil maklum serta meneliti maksud yang cuba disampaikan menerusi kenyataan Sara kepada media khususnya yang bertarikh semalam, 25 Dis. Apa yang saya boleh cadangkan agar Sara menonton dahulu episod tersebut.
Selagi tidak menonton dan memahami sendiri jalan cerita episod kedua FUTF yang meraikan persahabatan sebagai tema episod kedua itu, pasti sukar bagi Sara untuk mengubah persepsinya tentang tujuan sebenar episod tersebut ditampilkan sedemikian.
Saya tiada niat tidak baik terhadap Sara dan agak keliru dengan dakwaan yang dikemukannya di dalam media. Oleh itu saya sekali lagi menyarankan Sara untuk menonton FUTF. Akhir sekali, saya ingin mendoakan agar Sara Ali akan terus berjaya
sara ali gaduh fazura
Selain Sara Ali, pasti ramai yang akan turut sama menonton episod kedua Facing Up To Fazura untuk mengetahui apa sebenarnya yang diperkatakan oleh pelakon jelita ini. Sedikit sebanyak ‘rating’ program ini pasti akan naik. Namun itu semua tidak penting. Yang penting ialah pergaduhan ini ditamatkan secepat mungkin kerana ia tidak memberi apa-apa kesan positif sama ada kepada Sara Ali mahupun Fazura. Betul tak?______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.