Latest News

Yuna Pilih Najwa Mahiaddin Untuk Nyanyikan Lagu ‘Lelaki’ Di AJL29

Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Yuna menyanyikan lagu ‘Lelaki’ di AJL29 sudah terjawab. Sebelum ini antara nama-nama yang disebut ialah Fynn Jamal, Najwa Latif dan juga Elizabeth Tan. Sidang media untuk pengesahan bakal diadakan pada hari Ahad kelak, tetapi menurutportal Murai, Najwa Mahiaddin telah dipilih sendiri oleh Yuna untuk menyanyikan lagu Lelaki.
yuna lelaki
Perkara ini telah disahkan oleh publicist Najwa Mahiaddin iaitu JoePRCINternational selepas pengumuman mengenai berita ini dikeluarkan di radio HotFM. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tetapi Najwa Mahiaddin mempunyai suara yang agak unik dan mereka berdua pernah bergabung menjayakan sebuah konsert. Baru-baru ini Najwa telah pun bertunang dengan Idris Koh, pemuzik yang sering mengiringnya.
najwa mahiaddin
Apa pendapat anda? Adakah Najwa Mahiaddin pilihan yang tepat untuk menyanyikan lagu ini? Adakah Najwa mampu memberikan persembahan sehebat Yuna? Atau mungkin anda ada pilihan yang lebih hebat? Kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.