Latest News

Dato Seri Dr Vida Jawab Sindiran Chef Wan

Tindakan Chef Wan yang menutup televisyennya ketika siaran langsung AJL29 kerana terlalu meluat dengan iklan Qu Puteh mendapat liputan yang amat meluas sekali. Pengasas produk tersebut iaitu Dato Seri Dr Hajah Vida juga mengetahui tentang perkara tersebut. Menariknya, Dato Vida memaklumkan yang dia pernah berkunjung ke rumah dan bekerjasama dengan Chef Wan 15 tahun lalu dan menganggap pakar masakan itu sebagai mentornya. Hmmmm.
chef wan vida
Menjawab sindiran yang diberikan oleh Chef Wan, Dato Vida memaklumkan yang iklan Qu Puteh hanya muncul setiap 15 minit ketika AJL29 berlangsung. Terang Dato Vida:-
Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.
Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja. Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu.
Namun Chef Wan mempunyai jawapannya yang tersendiri tentang tindakannya mengecam promosi melampau Qu Puteh. Kata Chef Wan:-
Bukan mahu menjatuhkan atau membuat provokasi tetapi sebagai penonton saya berhak menyuarakan pandangan saya apabila paparan iklan berkenaan menjengkelkan.
Saya juga memberi pandangan berdasarkan pengalaman apabila pernah dicemuh dan dimarah penonton apabila terpaksa menyebut produk tajaan sebuah program saya secara berulang.
Tidak ada faedah kita sesama manusia untuk membuat provokasi dan sebagainya kerana ia hanya mendatangkan dosa.
chef wan vida
Susah nak cakap siapa yang betul dan siapa yang salah. Masing-masing ada pendapat mereka yang sendiri. Masing-masing ada hujah. Namun yang pasti, selepas AJL29 pun nama Qu Puteh masih lagi disebut-sebut sehingga ke hari ini. Promosi masih hebat lagi. Ternyata tindakan Dato Vida melaburkan RM3 juta amat berbaloi sekali. Strategi pemasaran yang amat awesome. Tahniah Dato Vida. SumberHarian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.