Latest News

Kes Dadah Zamani Pacu Album Koleksi 50 Lagu-Lagu Slam Ke Top 10 iTunes

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dalam kebaikan ada keburukan, dan dalam keburukan, ada kebaikan. Amboi bermadah pula Abang Nara. Penangkapan Zamani bekas vokalis kumpulan Slamkerana dadah sememangnya mengejutkan industri hiburan tanah air. Namun di sebalik kekecohan tersebut, ada berita baiknya. Album koleksi 50 lagu-lagu kumpulan Slam kini telah pun berada di Top 10 iTunes.
kumpulan slamAbang Nara memang minat kumpulan Slam dari dulu lagi. Lagu-lagunya seperti Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Nur Kasih dan banyak lagi memang mengasyikkan untuk didengar. Dengan vokal Zamani yang begitu merdu, boleh dikatakan hampir kesemua lagu kumpulan Slam adalah ‘killer song’. Buat mereka yang membesar di tahun 90-an, sememangnya lagu Slam seringkali menjadi siulan dan nyanyian apabila pergi ke karaoke.
kumpulan slam
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara sebentar tadi, album Koleksi 50 lagu-lagu terbaik Slam kini berada di kedudukan keenam. Satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Abang Nara dah beli dah pun satu album. Hehehe. Balik nie nak layan lagu Slam sambil memandu. Barulah jiwang. Buat pengguna iTunes, jangan lupa dapatkan album ini. Cuma USD 8.99 sahaja.
Apakah lagu feveret Slam anda? Kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.