Latest News

PDRM Sudah Kenal Pasti Anggota Polis Yang Rakam Dan Sebar Video Zamani Slam

Berikutan penyebaran video Zamani Slam yang disuruh menyanyikan lagu hits Slam Gerimis Mengundang dalam keadaan tangan bergari, sebentar tadi pejabat Ketua Polis Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu telah mengenal pasti anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
 photo 10675746_807230829334655_248156547033298316_n.jpg
Mereka juga sedang mengenal pasti anggota-anggota lain yang turut terlibat dalam kes tersebut. Sebelum ini juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya memberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat siapakah anggota polis yang terbabit dalam kes tersebut.
Perbuatan tersebut dikatakan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Memang pantas pihak PDRM membuat tindakan. Syabas diucapkan atas keprihatinan anda semua.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.