Latest News

Romie Bersungguh Mahu Menangi Hati Saya Semula – Hanez Suraya

Kan Abang Nara dah cakap. Hanez Suraya memang tak tipu apabila dia memaklumkan hubungannya dengan Romie telah tamat satu ketika dahulu. Mereka berdua memang telah berpisah. Namun sepanjang tempoh perpisahan itu, Romie bersungguh-sungguh datang memujuk Hanez Suraya sehingga dapat mencairkan hati pelakon jelita ini. Kata orang kerak nasi pun lama-lama lembut kalau direndam dalam air. Inikan pula hati seorang wanita yang pernah ditakluki hatinya dengan seorang jejaka. Amboi puitis sungguh!!!
hanez suraya dan romie
Selain daripada berjaya memenangi kembali hati Hanez Suraya, Romie juga telah berjaya memikat hati keluarga tunangnya itu. Iyerlah kita sebagai lelaki kalau nak jadikan anak orang isteri, mestilah dapat restu mak ayah. Jika anda ingat, ada satu ketika Hanez dikaitkan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang juruterbang. Berdasarkan penerangan Hanez, lelaki itu hanya kawan rapat dan bukannya pengganti Romie ketika itu. Terang Hanez Suraya:-
Memang kami putus ketika itu. Cuma dalam tempoh berpisah, Romie bersungguh sungguh mahu memenangi hati saya semula. Dia datang pujuk. Paling penting, dia memenangi hati keluarga saya.
Lelaki itu kawan baik saya. Jangan babitkan dia dalam semua ini. Jangan salah faham hanya kerana dia rapat dengan saya.
Saya mengharapkan penamat yang baik untuk ini. Saya anak sulung daripada tiga beradik dan keluarga juga mahukan yang terbaik untuk saya. Saya tak mengharapkan majlis yang berskala besar, cukup mereka yang datang nanti akan tumpang gembira
hanez suraya dan romie
Untuk makluman, Hanez dan Romie bercadang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh 6 bulan. Berdasarkan pengiraan Abang Nara, mereka akan menyambut Syawal tahun ini sebagai suami isteri. Pasti seronok. Semoga segala perancangan berjalan lancar hendaknya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.
hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.