Latest News

Afdlin Shauki Tidak Setuju Jackie Chan Terima Gelaran Datuk

Semalam, pelakon antarabangsa Jackie Chan merupakan salah satu antara 71 individu yang telah dikurniakan dengan darjah kebesaran Panglima Mahkota yang membawa gelaran Datuk bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Perseketuan hari ini.
Ramai yang tidak menyangka beliau akan dianugerahkan gelaran tersebut dan ia menerima pelbagai reaksi dari segi positif mahupun negatif.
Terbaru, pelawak terkenal Afdlin Shauki turut memberikan pendapat beliau berhubung perkara tersebut dan mempersoalkan kelayakan Jackie Chan menerima gelaran Datuk.
Afdlin dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berpendapat, ianya lebih baik diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah bertarung nyawa dalam kejadian banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini. Jelas beliau, ianya akan lebih bermaknya jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang telah mengharumkan nama negara.
Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepada aktor bertaraf  antarabangsa tersebut.
Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya.
Apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk.

Dari satu sisi yang lain, Jackie Chan mungkin tidak memberikan sumbangan kepada Malaysia, namun beberapa filem lakonan beliau yang menjalani penggambaran di Malaysia sedikit sebanyak telah mempengaruhi penonton antarabangsa. Semua orang mempunyai pendapat dan ia bergantung kepada pandangan masing-masing.
Sumber Berita: Kualalumpurpost
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.