Latest News

Emma Maembong Tampil Mohon Maaf Pada Mamat Khalid

Beberapa hari lepas, Mamat Khalid telah meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dua watak utama dalam filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangladesh iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak tidak dapat memberikan komitment bagi menghadiri malam tayangan perdana filem tersebut.
Susulan hal tersebut, hari ini Emma Maembong telah menjelaskan sebab tertentu mengapa beliau tidak dapat hadir.
 Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya.
Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.
Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri.
Emma turut merasa kecewa apabila pihak Mamat Khalid enggan menceritakan perkara sebenar dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.
Jika jadual sudah ketat, macam mana lagi nak hadir acara tersebut. Tidak dapat dinafikan mungkin pengarah filem akan kecewa bila pelakon utama tidak dapat hadir, tetapi kedua-dua pihak harus saling memahami. Industri hiburan di Malaysia ini kecil. Tiada guna kita bermasam muka.
Sumber Berita&Foto: BH ONLINE
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.