Latest News

Filem Suamiku Encik Perfect 10! Kutip RM2.2 Juta Dalam 11 Hari

Power!!! Di kala kesuraman kutipan filem tempatan menghantui para penerbit pada tahun 2014, filem Suamiku Encik Perfect 10 membuktikan sebaliknya. Selama 11 hari di pawagam, filem yang dibintangi Aaron Aziz dan Lisa Surihani ini sudah pun mengutip RM2.2 juta. Satu angka yang cukup memberangsangkan. Mungkin rezeki Lisa Surihani yang sedang mengandung sekarang ini.
kutipan filem suamiku encik perfect 10
Filem ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan merupakan adaptasi daripada sebuah novel. Pastinya para pembaca novel ini menjadi tunjang kepada kutipan yang memberangsangkan ini. Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem ini. Namun khabarnya, lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani memang menyentuh perasaan. Ramai yang kehabisan tisu menontonnya.
kutipan filem suamiku encik perfect 10
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan filem ini. Semoga kutipan yang hebat ini akan berterusan untuk filem-filem tempatan yang lain. Teruskan menyokong filem berkualiti.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

1 comment:

  1. saya amat merindui penyanyi
    izzla sekian lama beliau tidak muncul di kaca tv

    ReplyDelete

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.