Latest News

Mereka Tidak Tahu Tentang Fesyen – Pereka Fesyen Respon Isu Baju Sotong Neelofa

Baru-baru ini, Neelofa sekali lagi telah menjadi mangsa kritikan fesyen apabila ramai yang mengatakan busana beliau pada malam Anugerah Meletop Era 2015, seakan-akan seperti sotong. Malah, Neelofa juga telah mengeluarkan kenyataan bagi membidas dakwaan tersebut.
 Terbaru, pereka fesyen Fiziwoo turut memberi respon dan menyifatkan pihak yang mengkritik busana tersebut sebagai buta fesyen dan sering mempunyai pandangan negatif terhadap perkara baru.
Mereka tidak tahu tentang fesyen dan melihat apa juga perkara yang baru dari sudut pandangan negatif dengan tujuan mengkritik sahaja.
Sebelum ia dipakai Neelofa saya sudah terlebih dahulu minta pendapat pakar-pakar yang tahu tentang fesyen termasuk editor majalah antarabangsa mengenai baju rekaan saya itu.
Dan mereka semua beri reaksi positif serta menganggap ia setanding dengan kualiti rekaan peringkat antarabangsa.
Sebenarnya, baju tersebut di inspirasikan daripada bunga ros dan menggunakan fabrik berkualiti tinggi setaraf artis antarabangsa. Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah tajaan daripada mana-mana pihak tetapi Neelofa telah membeli busana itu dengan harga lebih RM 10,000.
Baju itu bukan kami sponser sebaliknya Neelofa bayar untuk kami hasilkan yang terbaik buatnya.
Butik kami juga tidak pernah memberi tajaan kepada mana-mana artis untuk tujuan promosi. Ramai artis yang menggunakan khidmat kami adalah berbayar.
Wow! Kami ingat baju tersebut adalah tajaan, rupa-rupanya ia telah dibayar oleh Neelofa. Kesian juga beliau jadi mangsa kritikan korang yang buta fesyen ni. Beribu habis tetapi masih “dibahan” oleh orang ramai.
Sumber Berita: mStar Online
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.