Latest News

Otai Masih Berbisa Di Ame2015




PERJALANAN malam Anugrerah MeleTOP Era 2015 (AME2015), menerusi tema 'Yang Hit, Yang Legend’ ternyata menepati dengan gabungan persembahan hebat daripada otai-otai terkenal.
        
Masakan tidak daripada awal persembahan, penonton sudah dihiburkan dengan persembahan mantap dari Awie sebelum diteruskan dengan kehadiran Joe Flizzow, SonaOne.
        
Kemudian kemunculan kumpulan Nico dan 4U2C ternyata menggamatkan lagi pentas AME20215 yang secara tidak langsung mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka suatu ketika dahulu.
        
AME2015 kemudiannya diteruskan lagi dengan Persembahan mantap Datuk Ramli Sarip menerusi lagu Kamelia dan Teratai, serta kemunculan Datuk Jamal Abdillah dengan vokalnya yang cukup memikat.
        
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut membuktikan masih berbisa tatkala menyanyikan lagu Mahligai Permata dan Ya Maulai sudah semestinya menjadi tumpuan pada malam itu.
        
Bagaimanapun kemunculan kumpulan dari Indonesia, Repvblik yang menyanyikan semula lagu Isabella dan sebuah lagu hit kumpulan itu, Selimut Tetangga, bagi mencacatkan sedikit perjalanan AME2015 pada malam itu.
        
Dengan vokal yang tidak sampai dan muzik yang agak bercelaru sekaligus mencacatkan lagu Isabella yang cukup berhantu di dua negara-Malaysia dan Indonesia.
        
Perjalanan AME2015 dilihat lebih tersusun berbanding perjalanan AME2014 dengan rekaan pentas dan selingan persembahan yang menghiburkan.
        
Apatah lagi, kehadiran lima pengacara iaitu Datuk AC Mizal, Johan, Neelofa, Zizan dan Nabil berjaya menggamatkan stadium pada malam itu.
        
Namun pada pandangan penulis, hanya Johan yang dilihat lebih menyerlah berbanding pengacara lain dan berjaya membuatkan penonton di stadium dan di rumah pecah perut dengan komedi spontannya.
        
Manakala kehadiran Neelofa pula seolah-olahnya hanya penyeri di samping empat kumbang pada malam itu.
        
Secara keseluruhan perjalanan AME2015 dilihat berjaya, namun untuk penganjuran akan datang, barangkali boleh dikurangkan jumlah pengacara kerana dilihat agak berserabut.
        
        
          -SENARAI PENUH PEMENANG-
        
        * Bintang Top Top MeleTOP Lelaki: Johan
        * Bintang Top Top MeleTOP Wanita: Ayda Jebat
        * Artis Baharu MeleTOP: Ayda Jebat
        * Pelakon TV MeleTOP: Zul Ariffin
        * Drama TV MeleTOP: Bukan Kerana Aku Tak Cinta
        * Artis Lawak MeleTOP: Johan
        * Program TV MeleTOP: Maharaja Lawak Mega 2013
        * Hos TV MeleTOP: Datuk AC Mizal
        * Lagu MeleTOP: Mewangi - Akim & The Majistret
        * Penyanyi MeleTOP: Datuk Siti Nurhaliza
        * Grup Duo MeleTOP: Akim & The Majistret
        * Penyampai Radio MeleTOP: Johan
        * Program Radio MeleTOP: JoHaRa Pagi Era
        * Filem MeleTOP: Abang Long Fadil
        * Bintang Filem MeleTOP: Nelydia Senrose
        * Couple MeleTOP: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
        * Bintang Online MeleTOP: Datuk Siti Nurhaliza
        * Fesyen MeleTOP: Nur Fazura

                

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.