Latest News

Saya & Fazura Hanya Teman Biasa – Taufik Batisah

Taufik Batisah dan Nur Fazura sekali pandang memang nampak macam pasangan kekasih. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah ketika menjadi juri MLM2014. Memang nampak sepadan dan sesuai sangat lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya berborak tanpa disedari perbuatan mereka sedang dirakam. Terasa macam lihat pasangan bercinta secara senyap-senyap je. Setiap minggu pun Taufik dan Fazura pun seringkali ‘selfie’ bersama untuk tatapan para peminat mereka.
taufik batisah dan fazura
Abang Nara yakin ramai peminat di luar sana yang berharap mereka berdua bakal disatukan di bawah ikatan percintaan. Sebelum ini ada timbul gosip mereka berdua dah bertunang namun ternyata ia adalah palsu. Malah Taufik Batisah juga telah tampil dan memaklumkan hubungannya dengan Fazura sekadar kawan biasa. Malah penyanyi dari Singapura ini sedang dalam fasa mengenali seseorang. Kata Taufik:-
Saya dan Fazura hanyalah teman biasa sahaja, tidak lebih daripada itu. Bagi saya, dia merupakan seorang yang sangat profesional dalam menjalankan tugas dan kebanyakan masa kami berbicara ialah mengenai hal kerja sahaja. Hubungan kami tidak lebih daripada sebuah persahabatan.
Saya mengakui kini sedang mengenai seseorang, bagaimanapun biarlah perkara itu menjadi rahsia. Saya fikir, tidak perlulah perkara itu dikongsi secara terbuka dengan peminat. Cukuplah peminat hanya mengetahui perkembangan karier nyanyian saya dan mereka terus setia memberikan sokongan. Itu sudah memadai,
taufik batisah dan fazura
Pasti ramai yang kecewa kerana hasrat mereka untuk melihat Taufik dan Fazura bercinta tidak kesampaian. Jangan risau. Orang kata kalau ada jodoh tak ke mana. Mana tahu lepas habis MLM2014 nanti hubungan mereka akan jadi lebih daripada kawan biasa. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Sumber Kosmo.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.