Latest News

(TAHNIAH)Yana Samsudin Kahwini Fadzil Zahari 13 Februari Ini

Akhirnya, dalam diam, rupa-rupanya Yana Samsudin bakal mengakhiri zaman gadisnya pada 13 Februari ini. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya itu tidak lain tidak bukan ialah Fadzil Zahari, adik kepada Farid Kamil. Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja.
yana samsudin kahwin fadzil zahari
Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Menariknya Fadzil Zahari pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana Samsudin ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana Samsudin melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun lalu, sekali lagi Fadzil Zahari menghantar rombongan bertunang pada 14 Disember 2014. Kata Yana:-
Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu.
Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui applikasi WhatsApp yang dihantar kakak. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemnu keluarga di Yong Peng.
Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.
yana samsudin kahwin fadzil zahari
Amboi, amboi, amboi. Pandai juga si Fadzil ini buat kejutan. Paling romantis sebab begitu setia menunggu. Lama tue 4 tahun. Memang tulus suci sungguh perasaan yang dimiliki Fadzil terhadap Yana. Terharu Abang Nara dibuatnya. Kata Yana lagi:-
Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikarah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.
Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya.
yana dan fadzil Tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita gembira ini. Tak sangka dalam diam mereka berdua bakal bergelar suami isteri. Semoga segalanya berjalan lancar. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak sabar mahu melihat anda berdua bersanding di atas pelamin. Tahniah!!! Baca berita gembira ini dengan mendapatkan Berita Harian hari ini. Tahniah!!!
UPDATE: Majlis pernikahan pada 13 Februari akan diadakan di Yong Peng selepas solat Jumaat. Keesokan harinya pula akan diadakan majlis resepsi di Yong Peng. Majlis menyambut menantu akan diadakan di Jitra Kedah pada 7 Mac.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.