Latest News

Awal Ashaari Kemalangan, Kereta BMW 6 Series Hancur Remuk

Seram dan cuak juga Abang Nara melihat gambar kereta BMW 6 Series yang membawa Awal Ashaari yang terlibat di dalam kemalangan hari ini. Memang hancur remuk. Nasib baiklah Awal Ashaari dan kawan baiknya yang memandu kereta tersebut, Izuan Mokhtar tidak mengalami kecederaan yang serius. Kedua-duanya telah dikejarkan ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan selanjutnya.
awal ashaari
gambar Zuan Azmi
Kemalangan tersebut berlaku di di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi. Awal Ashaari yang tidak berapa sihat telah meminta pertolongan rakannya, Izuan Mokhtar untuk memandunya ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka. Malang memang tidak berbau apabila mereka berdua terlibat di dalam kemalangan ini.
awal ashaariMengikut laporan terkini di media, Awal Ashaari sekadar mengalami kecederaan di bibir dan bakal keluar daripada hospital hari ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah melindungi Awal dan rakannya. Kalau tengok kereta, memang seram. Nasib baiklah hanya kecederaan ringan sahaja.
awal ashaari Menurut Izuan, kereta tersebut rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Untuk makluman, menurut Zuan Azmi iaitu wartawan Melodi TV3, kereta BMW 6 Series itu adalah milik rakan Awal Ashaari, Izuan Mokhtar. Apa pun, kereta boleh claim insurance, yang penting nyawa selamat. Sama-samalah kita doakan tiada kecederaan dalaman buat kedua-duanya. Amin.
UPDATE: Awal Ashaari telah memuatnaik gambar terbarunya di Instagram (seperti di bawah) dengan tulisan ini:-
Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.
awal ashaari
Semoga kedua-duanya segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini. Amin.
 ______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.