Latest News

Caliph Buskers Dihina Kerana Minta Batalkan Perhimpunan #KitaLawan

Pemuzik jalanan Caliph Buskers yang sebelum ini telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas menampilkan persembahan hebat di Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29) merasa kesal dihina hanya kerana meminta perhimpunan #KitaLawan dibatalkan.
Ketua kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat meluahkan rasa sedih di Facebooknya apabila sokongan yang diterima lebih daripada sebulan telah berubah menjadi penghinaan.
Assalamualaikum. Apa khabar semua sahabat Azmi Saat dan Caliph Buskers? Mudah-mudahan semuanya sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT.Terima kasih tidak terhingga kerana terus menyokong CB. Tanpa sokongan sahabat semua, CB tak akan mampu bergerak ke mana-mana.
Pasti ramai yang tahu tentang isu yang tersebar baru-baru ni. Apa dah jadi? Ke mana perginya sorakan yang diberikan waktu AJL tempoh hari? Kenapa sekarang berubah daripada sorakan kepada penghinaan?
Azmi berharap agar masyarakat tidak lagi menghina mereka dan memberi ruang untuk Caliph Buskers berkarya.
Memang sedih bila CB dihina. Tapi lebih sedih lagi bila nama CB dikaitkan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. CB bermuzik bukan untuk berpolitik dan dipolitikkan malah CB mahu muzik CB dapat memberikan ketenangan kepada semua orang.
Kami merayu, hentikan lah isu tersebut. Janganlah kaitkan CB dalam hal-hal yang luar daripada bidang CB. Izinkanlah CB berkarya dengan tenang supaya CB dapat memberikan yang terbaik.
Memang kami tak boleh memaksa semua orang meminati muzik CB, tapi kami merayu, berhentilah dari menghina antara satu sama lain. Percayalah, Tidak pernah sama sekali CB memberi arahan apa lagi amaran kepada mana-mana pihak. Siapalah CB untuk berbuat sebegitu? Fikirlah sebaik mungkin sebelum terus menyalahkan CB.
Sebelum ini, Caliph Buskers dilaporkan meminta agar pihak penganjur himpunan #KitaLawan di pusat beli belah Sogo membatalkan niat mereka kerana telah mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan yang mencari makan di kawasan berkenaan.
Sejujurnya, kami rasa ada banyak lagi tempat lain yang boleh dijadikan sebagai tempat perhimpunan. Jika anda merasa anda mempunyai masalah dan melakukan perhimpunan untuk mendapat sokongan ramai, jangan lah sampai buta hati untuk menutup periuk nasi orang lain.
Sumber Berita: Sinar Harian
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.