Latest News

Harun Salim Bachik Telah Selamat Dikebumikan

Jenazah pelawak serta pelakon terkenal  Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi tadi.
Pada awalnya, jenazah Allahyarham telah tiba di kediaman beliau di Taman Pandan Perdana pada jam 1.15 awal pagi Isnin dengan menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam dari Hospital Parit Buntar. Jenazah  dimandikan serta disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1 pada jam 9 pagi.
Majlis pengkebumian telah dihadiri sekitar 500 orang ahli keluarga, teman rapat serta kenalan artis bagi memberikan penghormatan akhir buat Harun Salim Bachik.
Antara rakan artis yang hadir seperti Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor, Johan Yazid, Aziz M.Osman, Dira Abu Zahar, Zed Zaidi, Den Wahab, Afdlin Shauki, Riezman Khuzaimi, Hans Isaac, S Sahlan, Imuda, Awie, Arash Mohamad dan Elly Suriati.
Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Perubatan Pejabat Kesihatan Gunung Semanggol, jam 4.20 petang Ahad.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik, berita pemergian arwah nyata mengejutkan ramai pihak dan negara telah kehilangan satu lagi permata yang tiada gantinnya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
 ______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.