Latest News

Running Man Akan Jalani Penggambaran Di Tasik Bakun, Sarawak

Tahun lalu, seluruh peminat Running Man digembirakan dengan kehadiran 5 orang anggota program hiburan tersebut ke Kuala Lumpur. Kali ini, para peminat Malaysia sekali lagi boleh bergembira apabila kehadiran kesemua ahli Running Man iaitu Jae Suk, Seok Jin, Gary, Kim Jong Kook, Ha Ha, Kwang Soo dan Song Ji Hyo akan turun ke Tasik Bakun, Sarawak untuk menjalani penggambaran salah sebuah episod di situ. Memang daebak!!!
running man di Malaysia
5 ahli Running Man tahun lalu di Malaysia
Pemilihan Tasik Bakun, Sarawak sebagai lokasi penggambaran adalah kerana keunikan tempat tersebut dan juga sambil menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan sebagai tetamu khas. Tidak diketahui tarikh tepat penggambaran tersebut akan dilakukan, namun pastinya ia sekitar tarikh di atas. Fuh!!! Ini rasa nak pergi book chalet/hotel/rumah sewa di sekitar Tasik Bakun nie.
running man
Jadi jika anda peminat tegar Running Man, inilah satu-satunya peluang untuk anda melihat mereka beraksi secara ‘live’. Kenalah berkorban sedikit. Sedangkan Korea pun boleh dijelajahi, inikan pula Tasik Bakun. Hehehe. Selamat berjuang!!!
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.