Latest News

Saya Doakan Kebahagiaan Lana Nodin Bersama Lelaki Pilihannya – Johan As’ari

Pernah bercinta selama beberapa bulan dengan Lana Nodin, Johan As’ari tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu yang bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang jejaka Amerika Syarikat pada 15 Mei depan. Biarpun jodoh antara Johan dan Lana tidak kesampaian, pelakon itu tidak pernah menyimpan dendam sebaliknya berterima kasih kepada bekas kekasihnya itu kerana banyak mengajarnya erti kehidupan. Amboi!!!
johan lana
Kata Johan As’ari menerusi Mstar Online:-
Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat.
Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
johan dan lana
Kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan. Walaupun Johan dan Lana tidak ditakdirkan bersatu, Abang Nara respek dengan keikhlasan dan ketulusan hati Johan yang mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu. Kepada Lana, tahniah diucapkan atas perkahwinan yang bakal terbina. Anda memang bertuah mendapat seorang lelaki yang memahami Islam, kacak dan badan sado. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.