Latest News

Ayda Jebat Mahu Kembali Dalam Bidang Nyanyian

Ayda Jebat mungkin anda lebih mengenali beliau sebagai seorang pelakon yang kian meningkat naik namanya dalam industri lakonan tetapi mungkin anda tidak pernah tahu bahawa Ayda sebenarnya memulakan langkah sebagai seorang penyanyi dan merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 9. Walaubagaimanapun impian Ayda musnah apabila beliau telah disingkirkan daripada AF9 kerana prestasinya yang kurang memuaskan.
Namun rasa cinta beliau terhadap bidang nyanyian masih lagi utuh dan beliau sudah bertekad untuk kembali menyanyi apabila keluar dengan single pertamanya Siapa Diriku.
Saya suka menyanyi. Saya menyanyi bukan kerana mahu membuktikan bahawa diri ini berbakat sebagai penyanyi, tetapi ingin memberitahu orang ramai bahawa saya cintakan dunia muzik.
Saya berasa sungguh teruja kerana single pertama berjudul Siapa Diriku kini sudah menemui peminat. Apa yang lebih istimewa, single berentak pop rancak itu dijadikan lagu runut bunyi untuk drama terbaharu lakonan saya bersama Zul Ariffin berjudul M.A.I.D.
Ayda mengakui beliau  tidak pasti sama ada keputusannya  memilih untuk terjun kembali ke bidang nyanyian mampu membuahkan hasil yang sama  lumayan dengan bidang lakonan.
Selalunya, agak sukar bagi seorang pelakon untuk bergelar penyanyi dan mudah bagi seorang penyanyi untuk cuba berlakon. Namun, dalam kes saya, ia agak berlainan. Dari bidang nyanyian, saya terjun ke dunia lakonan dan cuba membina nama semula sebagai penyanyi.
Saya tidak dapat menduga apa-apa kerana ini percubaan pertama saya. Apa yang saya harapkan adalah penerimaan dan sokongan yang berterusan daripada peminat.
Bercerita lanjut mengenai single yang ditulis bersama dengan Omar K itu, Ayda memberitahu, Siapa Diriku berkisar tentang kerenah manusia yang gemar menghakimi individu lain.
Rezeki untuk berlakon mungkin datang dahulu kepada Ayda Jebat, siapa tahu selepas ini rezeki dalam bidang nyanyian juga akan bertambah? Melakukan satu pekerjaan yang kita minat dari dalam hati pasti akan membuahkan hasil. InshaAllah.
Sumber Berita: Kosmo
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.