Latest News

Erra Bertudung Bukan Sebab Pengaruh Saya – Shahir

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Shahir, bekas juara Akademi Fantasia. Perkembangan terkini Shahir tidak lain tidak bukan ialah gosip percintaannya dengan Erra Fazira. Masing-masing mengaku mempunyai hubungan yang rapat, tetapi menafikan sedang bercinta. Terbaru, apabila Erra Fazira mengambil keputusan untuk bertudung, ada desas-desus menyatakan yang Shahir adalah sebab utama untuk primadona itu berhijrah.
shahir erra
Setelah sekian lama berdiam diri, Shahir telah tampil membuat penafian tentang desas-desus tersebut. Kata Shahir:-
Eh, tak adalah. Dia bertudung bukan sebab pengaruh saya. Dia sudah lama pasang niat. Itu keputusan mutlaknya dan saya gembira dengan apa yang dilakukannya itu. Alhamdulillah, perubahan itu bagus untuknya.
shahir erra
Baguslah kalau Erra Fazira bertudung kerana diri sendiri. Perubahan kenalah datang dari hati yang ikhlas. Bukan kerana orang lain. Apa-apa pun, Shahir tidak lama lagi akan membuat ‘comeback’. Pasti ramai yang merindui kelibat penyanyi ini. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.