Latest News

Saya Tidak Berbogel Dalam Filem Darah Panas – Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff menafikan dakwaan bahawa beliau telah melakonkan adengan di dalam filem Darah Panas tanpa seurat benang seperti yang digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini. Jelas Fathia, penonton harus menonton filem itu terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan mereka sendiri.
Sebenarnya tidak wujud istilah berbogel dalam filem ini. Saya hanya memakai baju ‘dress’ merah jambu bagi menjayakan watak sebagai gadis kampung yang dipaksa menjadi pelacur.
Jika orang ramai menonton sendiri filem ini maka mereka sendiri pasti tertanya-tanya bahagian mana yang saya berbogel itu? Malah babak rogol pun tiada dalam filem ini.
Dikritik kerana membawa watak sebegitu, Fathia memberitahu beliau hanya ingin mendidik generasi muda agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah di laman sosial dan mempercayai orang yang anda tidak kenal.
Filem Darah Panas  dengan genre aksi mengetengahkan pergolakan dan konflik hidup anak muda di ibu kota juga sarat dengan mesej positif. Ia mempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Adi, Soffi Jikan (Aloi), Adam Corrie (Cicak) dan Nur Fathia (Syahana).
Sumber Berita: Berita Harian
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.