Latest News

Ziela Jalil Jawab Kritikan Terhadap Drama Dia Isteri Luar Biasa

Sambutan yang diterima oleh drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 amatlah memberangsangkan. Hampir setiap petang, episod DILB menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga trending. Namun DILB turut sama mendapat kritikan. Ada yang menganggap ia sebuahdrama yang tidak bermoral. Malah ada juga mengkritik kerana DILB memaparkan aksi bersentuhan melampau antara pelakon utamanya iaitu Nur Fathia dan Shukri Yahya.
dia isteri luar biasaAntara kritikan lain ialah pada awal cerita Dewi Yusra (Nur Fathia) menyimpan niat untuk melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji dan tanpa bernikah. Sudah tentu ia bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama kita. Selaku penerbit, Ziela Jalil menjawab kritikan dan kecaman yang diterima oleh DILB. Kata Ziela:-
Apa yang digambarkan mengenai watak Dewi Yusra mahu mempunyai anak menerusi kaedah tabung uji hanya niat hati. Dalam Islam pun kalau kita ada niat buruk tetapi tidak melaksanakan bisik hati itu, Allah tidak akan menjatuhkan hukum yang kita berdosa, sebaliknya kalau kita memasang niat hati yang baik akan diberikan ganjaran pahala. Kalau kita lihat kembali watak Dewi Yusra, dia hanya pasang niat tetapi sekarang sudah bernikah dengan Dr Raden Amzar lakonan Shukri.
Pihak penyiar iaitu TV3 juga peka mengenai perkara itu (aksi sentuhan keterlaluan) dan suntingan turut dibuat sekiranya ada babak yang dipaparkan dirasakan keterlaluan. Saya faham sebagai pengarah, babak-babak itu diwujudkan untuk menunjukkan kehidupan berumah tangga di antara Dewi dan Amzar agak nampak realistik. Lebih-lebih lagi bababk Amzar berusaha mengubah Dewi yang trauma dengan lelaki gara-gara pengalaman pahit ketika kecil.
Cuma apa yang saya ingin katakan kepada penonton, lihatlah drama ini sehingga episod akhir dan barulah komen. Sekiranya ada komen atau rasa tidak puas hati selepas itu datanglah kepada saya dan berikan maklumbalas. Segala komen itu boleh digunakan untuk memperbaiki corak persembahan dalam drama terbitan Pena Creative berikutnya.
ziela jalil
Secara jujur, kalau boleh dikurangkan babak bersentuhan sudah tentu drama itu akan tampak lebih ‘manis’ di mata kita. Banyak caranya untuk menunjukkan sisi romantis pasangan suami isteri di dalam drama. Namun seperti yang dikatakan oleh Ziela Jalil, selepas ini segala feedback dan komen akan digunakan untuk memperbaiki drama terbitan syarikatnya. Semoga akan ada perubahan di masa hadapan. Buat masa ini, sama-samalah kita enjoy drama Dia Isteri Luar Biasa ini. Sumber Metro Ahad.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.