Latest News

Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang

Raja Farah
Pelakon Raja Farah terkilan apabila segelintir pihak masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu. Perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.
“Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi”, kata Farah. 
Saat bahagia Raja Farah dan Megat Bashirun.
Saat bahagia Raja Farah dan Megat Bashirun.
Permasalahan rumah tangganya bermula pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan. Dalam pada itu, Raja Farah mengakui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku. Bagaimanapun dia tetap menganggap mereka sebagai ahli keluarga sehingga akhir hayatnya.
Sementara itu, Raja Farah turut mengakui lima tahun dalam hubungan rumah tangga memberikan dia banyak pengajaran yang berguna untuk kehidupan akan datang. Tambahnya, buat masa ini, dia masih trauma dan lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang lelaki.
Sumber dipetik dari mStar
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat laporan WSJ itu.
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.

Dalam pada itu, Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh bagi menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dan adalah bagus sekiranya RCI tersebut dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan Najib dalam skandal 1MDB ini dan membuktikan beliau tidak bersalah," katanya.

Menurut Lim, RCI tersebut perlu diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan laporan dan dalam tempoh tersebut Najib perlu mengambil cuti.

Jumaat lalu, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Kedua-dua WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkembangan terbaru, Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan dana disalurkan ke akaun Najib memaklumkan bahawa enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit telah menerima arahan pembekuan.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.
_____________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.