Latest News

‘CUBALAH BERINOVASI SEDIKIT’ – AFDLIN SHAUKI BERSAMA KPDNKK SERBU KEDAI TIRUAN PELIKAT PANTS

Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki Aksan, 44, bertindak melakukan serbuan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan merampas produk tiruan Pelikat Pants keluaran syarikatnya B.O.B di Jalan Masjid India, di sini, petang tadi.
Afdlin berkata, dia terpaksa mengambil tindakan itu kerana menerima banyak aduan daripada ejen rasmi perniagaannya terhadap penjualan produk tiruan Pelikat Pants yang diusahakannya sejak dua tahun lalu itu.
“Saya tidak halang orang lain hendak berniaga, tapi kalau hendak jual barang, ikutlah saluran betul.
“Jika mahu jual produk lebih kurang sama, cubalah berinovasi sedikit dan hasilkan rekaan tersendiri. Jangan ambil jalan mudah dengan menjual produk tiruan.
'Cubalah berinovasi sedikit' - Afdlin Shauki bersama KPDNKK serbu kedai tiruan Pelikat Pants
‘Cubalah berinovasi sedikit’ – Afdlin Shauki bersama KPDNKK serbu kedai tiruan Pelikat Pants
“Bayangkan kerugian dan kesan terpaksa saya dan ejen-ejen lain tanggung disebabkan penjualan produk tiruan itu yang ditawarkan pada harga lebih rendah,” katanya.
Dalam serbuan jam 5 petang itu, sebanyak 32 helai produk Pelikat Pants tiruan dirampas dengan nilai sebanyak RM1,280.
Serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Ab Rahim Ahmad bersama tiga pegawai dan lapan wakil syarikat B.O.B. di bawah Akta Hak Cipta 1976.
Menurut Afdlin, penjualan produk tiruan itu dengan harga lebih rendah berbanding harga sebenar RM75 menjejaskan perniagaan ejen rasminya.
Afdlin Shauki berkata, sebelum serbuan pihaknya sudah melakukan pemantauan produk dan harga di sekitar kawasan terbabit sebanyak dua kali.
“Saya menerima laporan daripada wakil-wakil jualan rasmi sejak dua minggu lalu. Susulan itu, kami buat laporan kepada KPDNKK minggu lalu dan jalankan serbuan hari ini.
“Penjualan produk tiruan itu bukan saja menjejaskan pasaran jenama Pelikat Pants saya, malah ejen-ejen rasmi saya turut terjejas kerana pengguna membeli barang tiruan dengan harga lebih rendah,” katanya.
Sumber : Metro
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.