Latest News

“KAMI Tidak Berupaya Membezakan Di Antara Seekor Babi & Seekor Wombat”- Harith Iskander

Baru-baru ni kecoh apabila papan iklan di Bukit Bintang dikatakan menyerupai seekor babibersongkok dan berpakaian sampin. Tak dinafikan, sekali pandang nampak memang macam ‘binatang’ tu tapi bila diselidik balik rupa-rupanya binatang yang dikatakan babi itu ialah seekor wombat.
Artikel Berkaitan: 
Foto itu jadi viral satu Malaysia dan mengundang rasa tak senang hati netizen terutamanya umat Islam. Sampai ada yang masukkan isu politik dalam isu ni. Akhir sekali pihak Sevcorp (wombat merupakan maskot kepada syarikat Sevcorp) memohon maaf.
“KAMI Tidak Berupaya Membezakan Di Antara Seekor Babi & Seekor Wombat”- Harith Iskander
“KAMI Tidak Berupaya Membezakan Di Antara Seekor Babi & Seekor Wombat”- Harith Iskander
Oleh sebab malu dengan segelintir pihak yang cepat melatah, Harith Iskander memuat naik status di Facebook dan dia sendiri wakil rakyat Malaysia memohon maaf kepada Sevcorp berhubung isu itu.
Minta maaf sebab tak dapat bezakan seekor babi dan wombat

Bagi pihak SEGELINTIR rakyat Malaysia (yang rasanya bukanlah berniat jahat, sekadar gatal jari dan ter-lebih pantas di dalam meluahkan komen di media sosial) saya ingin memohon maaf KEPADA Sevcorp kerana Sevcorp terpaksa memohon maaf kepada KAMI, rakyat Malaysia atas sebab KAMI tidak berupaya membezakan di antara seekor babi dan seekor wombat.
Tidak semua rakyat Malaysia pernah melawat Zoo Negara
Sebagai orang Malaysia kita ada alasan. Tidak semua rakyat Malaysia pernah melawat Zoo Negara di Ulu Kelang (di mana saya rasa pastinya ada kawasan habitat untuk wombat) dan tidak semua di antara kami yang mempunyai ibu bapa yang meluangkan masa di zaman kanak-kanak kami untuk merujuk kepada gambar-gambar dan buku-buku yang memaparkan haiwan dan mergastua selainnya.
Dari kecil diajar main fon pintar, bila dah tua main Facebook
Yang kami ada ialah ibu bapa yang membiarkan kami bersendirian bersama iPads dan fon-fon pintar supaya kami duduk senyap-senyap. Kami menggunakan sebahagian besar daripada masa itu untuk menonton video YouTube Minecraft. Yay!
Bila kami dah tua sikit, mulalah kami meluangkan lebih masa di Facebook untuk memburu orang yang boleh dikritik, isu dan permasalahan yang boleh dicetuskan dan mencari sebab-sebab untuk merasa tersinggung. Ini semua akibat kami “kegatalan” jari kami hasil daripada berjam-jam menggunakan alat-alat berkenaan.
Tambahan pula, dengan Facebook, teramatlah mudah untuk meluahkan perasaaan. Tak payah pun baca sesuatu paparan dan memahaminya secara terperinci sebelum memicit butang “Like”!
Kenapa cepat tersinggung? Selidik dulu!


Salah kita ke sekiranya kita tidak berhenti sejenak untuk menyoal, menganalisa dan memikirkan kenapa sebenarnya kita begitu cepat merasa tersinggung? Apatah lagi, di masa kini orang lain pun asyik merasa tersinggung kerana bermacam-macam sebab. Maka kami sebagai warga Negara Malaysia pun merasakan wajar sekiranya kami meneruskan tradisi ini. Saya sememangnya memohon maaf kerana kita tidak mempunyai kekuatan dan keyakinan diri secukupnya untuk bersikap lebih santai dan bersahaya dan mengelakkan diri ini daripada rasa marah terhadap segala apa yang dilakukan oleh orang lain. Saya terpaksa mengakui bahawa saya gemar menjadi si mangsa yang menghalakan rasa marahnya terhadap orang lain kerana ini bermaksud bahawa saya tidak perlu melakukan sesuatu sehubungan diri saya sendiri – kewajipan untuk mengambil sebarang tindakan terletak pada orang lain kerana merekalah punca kemarahan saya.
Eh, fikir-fikir balik, saya rasa saya nak tarik baliklah permohonan maaf! Kita tak bersalah, kamu yang bersalah.
Baik saya kembali menghalakan kemarahan saya terhadap orang lain daripada memikul tanggungjawab untuk menangani sendiri situasi ini. Sungguh meletihkan! Terima kasih Servcorp di atas permohonan maaf kamu. Syukur … pihak tuan yang lebih ‘berwajib’ di dalam perihal ini. Sekarang ni … saya nak cari hal lain pula untuk mencetuskan kemarahan saya. #TakDaHalBro
Sumber: Facebook Harith Iskander
Via : Oh Bulan
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.