Latest News

Nora Danish Mahu Bertudung Tanpa Paksaan Mana-mana Pihak

#NoraDanish :Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, beberapa artis nampaknya sudah mula berhijrah dan mengenakan tudung dan ada juga yang berhijab bagi menghormati bulan suci ini. Baru-baru ini, Nora Danish juga dilihat sering memuat naik foto beliau menutup aurat sehinggakan ada yang  peminat beliau yang mahu beliau terus berhijab.
Mengakui ada menyimpan hasrat untuk bertudung, Nora bagaimanapun enggan membuat keputusan tersebut atas paksaan mana-mana pihak dan ingin ia lahir ikhlas daripada hatinya sendiri.
Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.
Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti.
Nora selaku duta Safi Rania Gold tampil berhijab pada majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan pada Khamis lalu,  bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.
Tambah Nora lagi, kekasihnya Nedim Nazri juga tidak pernah memaksa mahupun melarang beliau mengambil keputusan untuk menutup aurat.
Adalah lebih baik untuk kita tidak memaksa seseorang itu untuk menutup aurat jika mereka belum bersedia. InshaAllah kalau niat itu sudah ada pasti satu hari nanti ia akan termakbul juga. Doakan yang baik-baik sahaja buat Nora Danish.
Sumber Berita: mStar Online
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.