Latest News

'Saya Dedah Sebab Tak Tahan Dengan Fizz Fairuz' - Fara Mendoza



Setelah gambar perbualan WeChat di antara Fara dan pelakon Fizz Fairuz tersebar, wanita itu akhirnya tampil menjelaskan mengapa gambar itu dimuat naik sebelum dipadamkan semula.

Fara menjelaskan, perbualan itu dikongsikan dengan satu tujuan sahaja iaitu agar Fizz Fairuz berhenti menganggu dirinya lagi selain dari terus mengumpannya untuk keluar bersama.

"Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.

"Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya," katanya kepada mStar Online.

Fara memuat naik gambar perbualan itu di WeChat. Bagaimanapun ditegur oleh Emma Maembong yang terus menghubunginya agar segera membuang gambar berkenaan kerana bimbang akan mencetuskan kontroversi dan mengoyahkan rumah tangga pasangan berkenaan.

"Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu," ujarnya.

Dia mengenali Fizz Fairuz ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa, arahan Micheal Ang. Dilaporkan, Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama berkenaan.

"Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi," jelasnya.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.