Pelakon
Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak tudung keluaran
syarikatnya iaitu NaelofarHijab daripada jenama lain adalah tindakan
tidak profesional. Katanya tuduhan pemilik tudung jenama Sugar Scarf itu
yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial sehingga menjadi
viral secara tidak langsung merendahkan maruah dan integriti syarikat
dan kredibiliti peribadinya.
“Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.”
Neelofa
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan seorang
wanita yang menjalankan perniagaan tudung jenama Sugar Scarf yang
mendakwa NaelofarHijab telah meniru rekaan tudung keluaran syarikatnya.
Tegasnya, sekiranya individu itu yakin dia meniru tudung dimaksudkan,
pihak berkenaan dinasihati menggunakan khidmat peguam bagi menjelaskan
isu tersebut.
“Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan ‘team’ perundangan syarikat kami. Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar. Malangnya, cadangan saya itu tidak diendahkan. Pihak itu memilih untuk terus mengeruhkan keadaan di media sosial. Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat.”
______________________________________________________________
sumber
No comments:
Post a Comment