Latest News

Mamat Jawab Khabar Angin Sertai Sepah Semula


Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat Sepah menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal bergabung semula dengan Jep dan Shuib seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, tiada perbincangan lanjut antara mereka bertiga mengenai penubuhan kumpulan Sepah setelah sekian lama mereka berpecah.

“Tidak dinafikan saya masih rapat dengan mereka berdua. Kami masih lagi lepak bersama tetapi bukan dengan tujuan tertentu. Tiada perbincangan lanjut antara kami mengenai penubuhan semula kumpulan Sepah.

“Saya sendiri tidak boleh beri komen mengenai perkara ini. Mungkin kerana penampilan saya tempoh hari di Anugerah Lawak Warna  bersama kumpulan Sepahtu di atas pentas yang membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya,” jawab Mamat Sepahtu sewaktu dihubungi Astro Gempak baru-baru ini.

Jelas Mamat, dia turut menafikan dakwaan penubuhan semula kumpulan Sepah sebagai persediaan untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega yang akan datang.

“Kalau nak cerita mengenai program Maharaja Lawak Mega, ianya sesuatu yang besar. Macam saya cakap tadi, saya dan ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib tiada perbincangan lanjut mengenai perkara ini,” jelas Mamat ringkas.

Dalam pada itu, Mamat mengakui kini lebih selesa fokus dengan kerjayanya sebagai penyampai radio di Ultra FM bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi.

“Fokus saya kini hanya sebagai penyampai radio di Ultra FM gembira kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,” katanya mengakhiri bicara.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.