Latest News

Pemilik SugarScarf Tampil Bersuara Terhadap Pemilik Naelofar Hijab, Neelofa

neelofar vs  SugarScarf
Ditulis Oleh : Fara Ismail    |    Sumber : beautifulnara    |    Foto Kredit : siakapkeli


Sebelum ini, Neelofa pernah memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan terhadap penjual tudung di luar sana yang meniru design tudung keluarannya. Tetapi kali ini pula, seorang peemilik perniagaan butik dan jenama tudung SugarScarf, Nur Atikah Sulaiman atau lebih dikenali dengan panggilan Puan Eyqa pula tampil dengan menyuarakan ketidakpuasan hatinya dan menegakkan maruah yang selama ini sudah lama dia pendam.

Puan Eyqa ada mendedahkan tentang rekaan tudungnya yang diusahakan telah ditiru oleh jenama tudung yang diasaskan oleh Neelofa iaitu Naelofar Hijab. Difahamkan Puan Eyka telah memulakan perniagaan menjual tudung sejak bergelar pelajar dan bermodalkan RM800 sehingga kini dia telah berjaya membuka butiknya sendiri.

Nak dijadikan cerita, isu ini mula mendapat perhatian orang ramai dan ada yang menyokong Puan Eyqa dan tidak kurangnya menyokong Neelofa. Puan Eyqa juga ada memuatnaik gambar berserta kapsyen di Instagram yang memberi gambaran tentang situasi yang tercetus antara jenama dia, SugarScarf dengan jenama yang meniru design atau pattern SugarScarf. Jom kita baca.

4
3
5
8
2

Disebabkan hal ini juga, bukan sahaja melibatkan Puan Eyqa dan Neelofa tetapi ia juga menarik agen dan pelanggan dari kedua-dua jenama tudung ini ke dalam perbalahan yang tercetus ini. Hingga ke saat ini, Neelofa masih mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu ini. Mungkin kedua-duanya ada perbezaan pendapat mereka tersendiri.

Ada sesetengah peminat yang meninggalkan komen di ruang Instagram berpendapat bahawa rekaan yang menggunakan inner silang itu sebenarnya sudah lama berada di pasaran dan kenapa isu ini baru nak dibangkitkan. Hmmm tak apa lah, masing-masing ada pendapat tersendiri. Kita pula tak boleh nak menyalahkan sesiapa kerana si pemerhati ini juga mempunyai hak untuk bersuara.

lofa
Kalau nak diikutkan, benda yang berkaitan dengan fesyen ini memang susah nak control kalau tidak di pattern kan. Seperti yang diperkatakan oleh beautifulnara bahawa:
“Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar. Anda keluarkan rekaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Cara terbaik mempertahankan rekaan fesyen ialah dengan mempatenkan rekaan seperti yang telah dibuat oleh Fareeda dengan rekaan tudung ropolnya.”
Memang setuju dengan apa yang diperkatakan oleh si beautifulnara ni. Benda macam ni memang susah kita nak control. Suria FM harap agar pihak Puan Eyqa dan Neelofa dapat menyelesaikan hal ini dengan cara professional dan kami juga yakin kedua-dua pihak ini tahu apa yang harus dilakukan untuk mempertahankan nama dan perniagaan masing-masing.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.